Friday, March 20, 2009
Tuesday, March 10, 2009
Time Travel
Saya cuma ingin melihat bagaimana rupa bentuk bangunan dan kebderaan pada masa itu. Semuanya dalam Kententuan Allah tiada siapa yang tahu. Ini mengikut pengalaman mimpi saja.
Rupa bentuk bangunan sangat hebat. Macam dalam banyak cerita yang mengisahkan masa hadapan. Kenderaan pun sangat erodamik.
Selain kemasa hadapan, kita juga boleh melihat atau meninjau, bagaimana rupa bentuk masa lampau. Contohnya balik ke zaman kesultanan Melaka. Melihat pahlawan-pahlawan melayu lama dan lain-lain. Allah saja yg mutlak tahu kita cuma sekadar mohon dan melihat seadanya sekadar yang diizinkan.
Wallahhuaklam... :-)
Posted by
Muhammad Rosdi
at
6:38 PM
0
comments
Thursday, November 20, 2008
'Aneh' Boleh berkumpul dalam Mimpi
Bunyinya memang aneh.Tetapi perkara ini tidak mustahil. Ramai orang yang pakar dalam mengawal mimpi bertemu dan berbincang dalam mimpi. Berbincang mengenai sesuatu perkara, berbincang perkara yang penting atau saja suka-suka.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang agak luar biasa yang boleh kita lakukan dalam mimpi ketika kita boleh mengusai mimpi.
Post yang lain saya akan berkongsi pengalaman kelebihan-kelebihan yang lain pula...
Selamat bermimpi
Posted by
Muhammad Rosdi
at
6:06 AM
0
comments
Thursday, May 15, 2008
KM atau Kawal Mimpi VERSI MALAYSIA
Inilah masanya untuk anda mencuba sesuatu yang lain dari yang lain. Anda pasti teruja jika anda dapat kawal mimpi. Pelajarilah dengan kaedah yang sangat berkesan dan mudah diikuti. Tak sampai dua minggu anda akan rasa perubahannya.
Seperti yang saya selalu tulis dipost-post yang lalu. Anda boleh beli ebook atau buku dari mana saja. Tapi anda kena ingat, belajar dgn buku tak sama belajar secara kursus. Terutamanya kursus online.
Kursus online yang saya kendalikan, lebih menekankan kaedah yang paling sesuai dengan seseorang individu. Memang banyak cara dan teknik untuk mendapat KM. Tetapi kaedah manakah yang paling sesuai dengan anda.
Melalui pemantauan yang saya buat masalah ini tidak timbul. Melalui kursus ini anda diajar sehingga berjaya.
Yuran Kursus Online yang tak masuk akal sangat murah cuma RM50.00 untuk bulan April 2008 sahaja. Mulai 1 Mei 2008 yuran akan dinaikkan RM100 utk tempoh masa tertentu juga. Yuran sebenar RM250.(Ini pun masih murah)
Hehehe salam mimpi...
Posted by
Muhammad Rosdi
at
11:59 AM
3
comments
Saturday, March 29, 2008
Apa Alasan Anda Untuk Tidak Belajar Kawal Mimpi?
Anda tentu tahu kan? apabila anda mahir mengawal mimpi anda sebenarnya seorang yang unik dan bertuah. Kenapa? Apa tidaknya.. memang anda unik, sebab anda boleh ceritakan kepada sesiapa saja pengalaman menjadi spiderman, bagaimana rasanya memanjat dinding?
Bagaimana rasanya melepaskan sarang labah-labah kedinding bangunan dan bergayut daripada dinding kedinding. Bagaimana rasanya terbang melintasi awam bersayap dan tanpa sayap. Bagaimana rasanya melalui dinding ke dinding, Bagaimana rasanya menjadi orang kuat?
Sehingga dapat mengangkat batu-batu besar dengan mudah. Mengeluarkan api melalui jari-jemari. Bagaimana rasanya mengembara keserata tempat cuma dengan terbang!! Dan banyak lagi kelebihannya. Saya akan sambung dipost akan datang.
Bagi saya, tidak menjadi soal anda hendak belajar dimana? Nak ambil kursus dibarat atau beli buku atau ebook.. tak semestinya dengan saya. Yang penting sama-samalah kita mengambil peluang untuk menambah kemahiran dan pengalaman baru ini..

